Gas Ammonia Bocor | Seorang maut, tiga cedera

2022-03-23 0

Seorang kru kapal kargo maut manakala tiga lagi cedera apabila terhidu bau gas ammonia kira-kira 0.7 batu nautika barat daya Pulau Selat Kering, pada Selasa.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, kapal dagang itu dari Turki dan dikenali sebagai MV Hamburg DW.